Tuesday, December 30, 2008

Write 4

Aku ilhamku


Aku memerhati di luar jendela,
Angin yang menghembus begitu nikmatnya

Aku menyusun kembali segala memori,
Kerana ianya tidak akan berulang lagi

Aku jatuh di lembah yang hina,
mengorak langkah untuk berdiri semula

Aku hinggap di pohon berduri,
Mencari-cari kelemahan diri

Aku menunggu hawa yang setia,
sanggup menerima diriku seadanya

Aku belajar untuk menghargai,
Teman yang benar sukar dicari

Aku tersentap melihat si dia,
Masih binggung dan terpinga-pinga

Aku mendaki gunung yang tinggi,
Mencari kehidupan yang belum pasti

Aku membaling segala duka,
Tidak terlintas untukku merana

Aku merakam detik-detik terakhir ini
kemudian bermula sebuah peristiwa menanti.

*bahasa ibunda pulak.. slalu english.. kali nie lain.. in malay wasnt that fun but still it was meaningful..